SELAMAT DATANG KEPADA SEMUA JURI PEMBENTANGAN BALING E-SUMMIT 1.0 TAHUN 2025

Pejabat Pendidikan Daerah Baling mengalu-alukan kehadiran semua juri yang sudi meluangkan masa dan tenaga dalam menjayakan Baling e-Summit 1.0 Tahun 2025. Peranan dan kepakaran yang diberikan dalam menilai pembentangan para peserta amatlah kami hargai, kerana ia bukan sahaja menjadi penanda aras kecemerlangan tetapi juga pemangkin kepada pembangunan inovasi pendidikan yang lebih maju.

Setinggi-tinggi ucapan terima kasih diucapkan atas komitmen dan profesionalisme yang ditunjukkan dalam memastikan penilaian yang adil dan berkualiti. Semoga sumbangan dan dedikasi para juri dalam program ini menjadi inspirasi kepada generasi pendidik dan pelajar dalam merealisasikan kecemerlangan pendidikan.

Sekali lagi, terima kasih dan selamat menjalankan tugas !